Selasa, 3 November 2015

KELUARGA BESAR SJCAM



SJCAM mempunyai lebih dari 10 model yang dipasarkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan SJCAM adalah antara jenama kamera aksi paling ''meriah'' dengan pelbagai model dan paling berjaya strategi pemasarannya sehingga berjaya menembusi pasaran tempat asal GoPro iaitu USA

Seringkali ia menjadi bualan para pengguna tegar GoPro sebagai kamera aksi ''tambahan'' kerana harganya tersangat ''murah'' pada tukaran wang mereka berbanding dengan hasil yang tidak mengecewakan dari aspek kualiti gambar dan video.


Bermula dengan SJ4000 & SJ4000 WiFi dilengkapi kamera pegun 12MP, video HD1080 & skrin LCD 1.5 inci


SJ4000 HD1080


SJ4000 WiFi


 


SJ4000+ (plus) pula menyamai saudara dekatnya tetapi sedikit kelebihan iaitu terdapat fungsi tambahan;
Burst: 3 gambar sesaat.
Timer: 2s, 3s, 5s, 10s, 20s, 30s, 60s
Continuous: 2 saat, 5 saat dan 10 saat

SJ4000+


SJ5000 WiFi didatangkan dengan sedikit kelebihan berbanding model terdahulu di mana chipset masih kekal Novatek 96655 akan tetapi ia dilengkapi sensor Panasonic MN34110PA 14MP CMOS untuk gambar pegun yang lebih cemerlang.

SJ5000 WiFi


SJ5000+ (plus) pula mempunyai pelbagai kelebihan lagi dengan chipset Ambarella A7LS75 DSP (dikatakan serupa GoPro) bersama sensor Panasonic 16 Megapixel 1/2.33" CMOS Sensor
1080P 60/30FPS FHD untuk rakaman Video.

SJ5000+



Juga SJCAM mempunyai beberapa lagi kamera mini kompak bersaiz lebih kecil dari kamera aksi konvensional seperti M10 dan SJ2000.

SJCAM M10
SJ2000


Terkini SJCAM ada mengeluarkan model Edisi Terhad iaitu SJ X1000 (hanya 5 ribu unit akan dijual), SJ5000X (hanya 1 ribu unit dikeluarkan) dan SJ5000X Elite (belum diketahui jumlahnya).
SJ X1000
Perkara paling ketara untuk model edisi terhad ini adalah skrin LCD 2 inci (model sebelumnya 1.5 inci) dan Gyro Anti-shake Stabilization untuk video yang lebih stabil.

Sementara untuk model SJ5000X Elite dikhabarkan akan mempunyai Sensor SONY 16MP.

SJ5000X


Kelebihan SJCAM ialah keupayaan merakam video dengan keupayaannya untuk mengekalkan taraf HD1080 dengan begitu cemerlang. Boleh dikatakan setiap videonya sangat menjadi, tidak kira bagaimana komposisi cahaya, kecualilah dalam gelap gelita.

video dari SJ4000


Demikian juga sedikit kelebihannya kerana ia didatangkan secara pakej bersekali dengan 18 jenis kit aksesori untuk digunakan pada pelbagai situasi samada untuk kegunaan di dalam air, menunggang motorsikal, dijadikan dashcam kereta mahupun apa saja yang difikirkan sesuai.
Hatta hanya untuk selfie sahaja.

Sebahagian dari kit aksesori yang disertakan bersama kamera


Selamat beraksi ekstrim...

Sila hubungi nombor tertera jika anda berminat waima apa jenama & model sekalipun.






Tiada ulasan: