Sabtu, 31 Oktober 2015

KAMERA AKSI jenama XIAOMI YI



Xiaomi Yi yang dilegkapi pengunci aluminium dan lens frame.

 Xiaomi Yi atau panggilan manjanya YI Cam, adalah salah satu jenama yang mendapat sambutan baik pengguna kamera aksi yang gemarkan aktiviti lasak atau sekadar bergambar selfie. 
Ini kerana hasil gambarnya sangat cemerlang berdasarkan jenis Sensor serta Chipset yang dikatakan setanding dengan GoPro.







Dengan kamera pegun (still photo)16MP dan Video 1080HD, banyak yang dapat dilakukan dengan kamera sekecil itu.
Demikian juga terdapat beberapa setting yang tiada pada kamera aksi setaraf harganya, seumpama ''Long Shot'' untuk gambar lebih berkualiti dan cantik apabila bermain dengan cahaya. (contohnya gambar bunga api atau ingin membuat Light Painting)
Untuk gambar dalam densiti yang sangat kurang pencahayaan (low light) Yi Cam adalah pilihan terbaik.



Yi Cam datang dengan pakej asas terdiri dari Kamera, Bateri, Pengecas & Buku Panduan. Oleh kerana itulah harganya tergolong sangat murah iaitu di bawah RM350 berbanding kualiti gambar yang dihasilkannya.

Namun begitu kebanyakan penjual akan memasukkan sekali pakej alternatif termasuk sarung kalis air (sehingga 30 meter dalam), pelampung kamera (bobber), Monopod/Twistlock dan Kad Memori kelas 10 (Micro SD Class 10) berkapasiti tertentu (boleh digunakan sehingga 32GB) dengan harga yang menarik.

Kamera Aksi Yi Cam didatangkan dengan 2 pilihan warna iaitu Putih (Mutiara) dan Hijau (Daun).
Satu ''kecacatan'' Yi Cam ialah ia tidak mempunyai skrin LCD di belakang kamera namun kekurangan itu dapat diatasi dengan WiFi yang terus boleh dihubungkan ke Telefon Pintar kita menggunakan aplikasi tertentu.



Dari skrin telefon kita akan dapat melihat subjek yang bakal dirakam ataupun melihat hasil selepas gambar diambil.
Dan kelebihan Yi Cam lagi, apabila disambungkan dengan WiFi jarang sekali bermasalah berbanding jenama yang lain.
Semua gambar yang diambil boleh dipindahkan serta merta ke telefon pintar kita dan dimuat naik ke laman sosial umpama Facebook, Twitter atau Whatsapp pilihan kita.

Juga terkini terdapat alat kawalan jauh khusus untuk Yi Cam yang boleh dipasang kepada Monopod Original Yi Cam.



Untuk berlaku adil, Yi Cam bukanlah semestinya yang terbaik namun ia adalah alternatif terbaik kepada yang meminati kamera aksi dengan kos sangat minima akan tetapi mendapat hasil yang sangat memuaskan hati.

Di bawah ini terdapat satu klip video pendek perbandingan antara Xiaomi Yi dan SJ4000WiFi.
Perhatikan perbezaannya...





Berturutan ini disertakan gambar segala kelengkapan aksesori yang bersesuaian dengan keperluan seseorang khusus untuk kamera aksi Xiaomi Yi.

Sekali lagi diingatkan bahawa saya tidak mendapat apa-apa komisyen atau sebarang upah dari penjualan kamera mahupun aksesori yang dipaparkan di sini melainkan sekadar membantu kenalan menjalankan perniagaan beliau.

Sila hubungi nombor yang tertera.

Selamat beraksi




















3 ulasan:

Unknown berkata...

Nice bang zul...sgt berguna untuk nubis nak explore kamera ni. Tq..

Unknown berkata...

Nice abang zul..terima kasih..sgt membantu utk yg nak explore kamera ni..hehe

Abang Zul berkata...

Terima kasih sebab sudi baca & komen sekali, Wan