Isnin, 9 November 2015

KAMERA AKSI - SJCAM SJ5000 WiFi




Jika anda jenis orang yang tak kisah dengan gadjet berjenama, kamera aksi SJ5000WiFi dari SJCAM ini masih tidak kalah berbanding kamera aksi yang telah sedia terkenal di pasaran.



Antara spesifikasinya :

Chipset :  Novatek 96655
Sensor  :  Panasonic MN34110PA 14MP CMOS
Skrin    : 2.0 inci
Format rakaman video Pelbagai : 1080p 720p WVGA
Pelbagai mod rakaman photo : Single, Timelapse
Wi-Fi melalui Android atau iOS
Penampilan Mini, pelbagai warna.
Sarung kalis air (waterproof casing) sehingga 30 meter di bawah air
Bateri boleh tanggal untuk menggantikan dan memanjangkan hayat kamera anda
70° kamera Ultra orthoscopic (ultra wide)
Sokongan HDMI output HD dan USB-AV output video
Boleh digunakan sebagai Web Cam
Memori : Micro SD maksimum 32GB
Berat: 74g

Skrin 2 Inci

Spesfikasi terkininya yang kelihatan agak menonjol beserta ulasan yang rata-rata positif di media sedikit sebanyak mempengaruhi peminat kamera aksi dengan belanja yang lebih separuh dari harga GoPro.

(Merah kan Mak Ngah?) Satu dari pelbagai pilihan warna yang ada untuk SJ5000WiFi

Walaupun harganya agak sedikit tinggi untuk jenama yang anda tidak pernah dengar (ye ke tak pernah?), harus dinyatakan bahawa ia datang dengan kelengkapan aksesori, umpamanya bekas kalis air, mounting untuk hendal basikal (atau apa-apa yang bersesuaian), pemegang kamera (clip casing), adapter untuk tripod, dan pelbagai lagi. terdapat sekurang-kurangnya 16 kit aksesori di dalam kotak.

Antaranya...

1 x SJ5000 WiFi Kamera
1 x 900mAh Bateri Li-ion
Charger Adapter & kabel USB
    1 x Waterproof Housing
    1 x Quick Release Buckle
    1 x Skeleton Housing (Backdoor with Holes)
    1 x Handlebar Pole Mount
    1 x Curved Adhesive Mount
    1 x Flat Adhesive Mount
    1 x 3-Way Pivot Arm Mount
    2 x 3M Adhesive Tape
    1 x Frame Mount
    1 x Quick Release Clip for The Frame
    1 x Vertical Quick Release J-Hook Buckle
    1 x Universal 1/4" Camera Tripod Mount
    1 x Tripod Mount Adapter
    1 x Protective Soft Silicone Lens Cap Cover
    1 x Cleaning Cloth
    1 x Multi-language Manual

Dipasang dengan kotak kalis air yang boleh dibawa sehingga 30Meter ke dalam air

Jika ada pun satu kekurangan yang ketara, adalah untuk fanatik video slo-mo kerana SJCAM SJ5000  hanya merakam 60fps pada 480p.

Untuk dibandingkan dengan GoPro Hero ia masih jauh lebih murah.
begitupun SJ5000WiFi hanyalah satu dari banyak alternatif , dalam erti kata bahawa ia adalah berbalik kepada pilihan anda sendiri.



Tepuk dada, tanya selera.
Tepuk poket, kira wang anda...

Selamat beraksi ekstrim...!


Dapatkan SJ5000WiFi anda dari Seller yang boleh dipercayai seperti di sini.
Hubungi nombor yang tertera : SMS/WhatsApp

Tiada ulasan: